Monday, July 13, 2009

Pulihkan Task Manager, Regedit, dan Folder Options Dengan RRT

Apabila komputer dijangkiti virus, biasanya virus ini akan menyekat fungsi-fungsi dalam Windows seperti Task Manager, Registry Editor, dan Folder Options. Ini kerana virus tersebut telah mengubah beberapa settings yang tertentu dalam Windows.
Antivirus biasanya hanya membuang virus tersebut, tetapi tidak membetulkan kembali settings yang telah diubah tadi. Sebab itulah walaupun komputer anda telah dibersihkan dengan antivirus, fungsi-fungsi seperti Task Manager, Registry Editor, dan Folder Options masih tidak boleh dibuka.

RRT (Remove Restrictions Tools) adalah sebuah aplikasi kecil yang boleh menyelesaikan masalah ini. Sama seperti Disk Heal, RRT boleh memulihkan kembali Task Manager, Registry Editor, Folder Options, dan banyak lagi.

RRT akan mengesan fungsi-fungsi yang telah disekat dalam Windows. Jika ada, anda boleh memulihkan fungsi tersebut dengan klik sahaja pada kotak yang terbabit.

Software ini kecil sahaja saiznya, anda boleh letakkannya ke dalam pen drive supaya senang kalau nak baiki komputer kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment