Monday, July 27, 2009

Macrium Reflect – Perisian Backup Yang Mudah Dan Percuma

macrium-reflect

Bagi membuat backup pada hard disk dan partition, antara software yang paling poular digunakan adalah Norton Ghost dan Acronis True Image. Walau bagaimanapun, kedua-dua software ini adalah berbayar. Terdapat juga software yang percuma dan open source iaitu PING, namun antaramuka PING adalah mengelirukan, ianya lebih sesuai untuk pengguna yang lebih berpengalaman.

Sebuah lagi software sepertinya yang kurang diketahui ramai adalah Macrium Reflect. Software yang telah dimiliki oleh Microsoft ini bukan sahaja mesra pengguna, malah ianya percuma. Antara fungsi-fungsi yang disediakan oleh Macrium Reflect adalah:

  • Membuat backup pada hard disk atau partition dalam bentuk imej
  • Restore semula fail imej yang telah dibuat menggunakan Macrium Reflect
  • Melihat isi kandungan imej melalui Windows Explorer
  • Membuat satu Recovery CD yang boleh digunakan untuk menjalankan Macrium Reflect, sekiranya PC tidak dapat dihidupkan

Berdasarkan ujian yang telah saya buat terhadap Macrium Reflect, kelajuannya membuat backup dan restore adalah sangat bertentangan. Proses backup berjalan dengan sangat pantas, jauh mengatasi Norton Ghost atau PING. Namun, proses restore pula adalah sangat perlahan – ternyata kurang sesuai digunakan sewaktu kecemasan.

Kesimpulan

Software bagi tujuan hard disk backup biasanya dimonopoli oleh Norton dan Acronis, dan kesemuanya mahal-mahal belaka. Software open source seperti PING pula agak sukar digunakan, dan kadang-kala tidak stabil. Macrium Reflect berjaya merapatkan jurang ini dengan menawarkan software yang mesra pengguna, cekap, dan yang percuma. Anda boleh mendapatkan software ini dalam laman web Macrium Reflect.

Wednesday, July 22, 2009

Scan Virus Sebelum Masuk Windows dengan UBCD4Win

Ultimate Boot CD for Windows

Kali ini saya akan menerangkan cara – cara menggunakan Ultimate Boot CD for Windows, kerana ianya paling senang difahami.

Terlebih dahulu, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM, dan copy kesemua kandungan CD atersebut ke dalam komputer anda. Dapatkan UBCD4Win ini di sini (saiznya agak besar, kira – kira 212 MB). Setelah selesai download, buka fail tersebut dan extract ke folder yang anda kehendaki. Setelah siap, buka fail UBCD4WinBuilder.exe untuk membuat fail ISO (yang akan digunakan untuk burn ke dalam CD). Paparan UBCD4Win PE Builder akan keluar. Jika ini kali pertama anda buka UBCD4WinBuilder, satu message box akan keluar: “Search for Windows installation files?”. Klik pada butang No. Pada bahagian Source, tekan butang ‘…’ dan pilih folder yang mengandungi fail Windows XP anda tadi. Pada bahagian Media output pula, pilih ‘Burn to CD/DVD’. Masukkan CD kosong anda (lebih baik jika menggunakan CD-RW) dan tekan pada butang Build. Tunggu sehingga semua proses selesai dan CD UBCD4Win anda akan siap.

Menggunakan UBCD4Win

Masukkan CD UBCD4Win dan restart komputer anda (pastikan boot priority ditetapkan kepada CD-ROM. Apabila skrin menu biru keluar, pilih Launch Ultimate BootCD for Windows. Apabila loading selesai, klik pada Start > Programs > Antivirus Tools dan pilih AntiVirus kegemaran anda.


Bagaimana jika saya ingin update anti-virus? Sebelum proses membina ISO dilakukan, anda boleh terlebih dahulu update antivirus. Pergi ke folder \BootCD\UBCD4Win\plugin\AntiVirus. Di sini anda boleh melihat folder-folder AntiVirus yang disediakan. Sebagai contoh, jika anda ingin updateget_update.cmd dan ia akan updateupdate selesai, anda bolehlah burn semula CD AV7PE, masuk ke dalam folder AV7PE dan buka fail antivirus secara automatik. Selepas proses UBCD4Win tersebut.

Install Windows XP Menggunakan USB Drive

Dalam banyak-banyak PC atau laptop yang saya perlu format, adakalanya saya berjumpa dengan situasi yang menyusahkan. Salah satu daripadanya adalah, DVD drive tidak berfungsi. Macam mana nak install Windows kalau DVD drive tak boleh dipakai?

Kalau pada PC bolehlah juga saya tukarkan dengan CD-ROM yang elok buat sementara. Tapi kalau laptop, kan susah. Nak beli external CD-ROM mahal pula.

Dalam situasi seperti inilah saya terpaksa belajar sesuatu yang baru. Jadi, pada kali ini saya akan menunjukkan bagaimana anda boleh format komputer menggunakan USB drive. USB drive yang digunakan hendaklah sekurang-kurangya bersaiz 2GB.

(Nota: Bagi proses menyediakan USB drive ini dengan Windows XP, anda memerlukan sebuah komputer yang mempunyai CD-ROM yang berfungsi).

Software yang diperlukan

  • PeToUSB
  • BootSect
  • usb_prep8

Saya dah sediakan ketiga-tiga software ini di sini. Download fail zip tersebut dan extract ia ke dalam satu folder.

Langkah Pertama: PeToUSB

  1. Pertama sekali, kita perlu format USB drive menggunakan PeToUSB. Buka PeToUSB dan pastikan pilihan-pilihan berikut:
    • Destination Drive: USB Removable
    • Enable Disk Format
    • Quick Format
    • Enable LBA (FAT 16X)
  2. Klik pada butang Start untuk format USB drive.
    install-windows-usb-01
  3. Klik butang Yes pada kedua-dua window yang keluar selepas itu.
    install-windows-usb-02
    install-windows-usb-03
  4. Setelah proses format USB drive selesai, satu lagi window akan keluar dengan mesej “Operation Completed Successfully”, klik OK pada window tersebut.
    install-windows-usb-04

Langkah Kedua: BootSect.exe

  1. Untuk melancarkan program BootSect.exe ini, anda harus melakukannya melalui command prompt. Jadi, buka CMD dan terus taipkan path bagi folder bootsect. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke dalam C:, anda perlu taip: cd C:\usb-windows\bootsect\
    install-windows-usb-05
  2. Kemudian, taipkan: bootsect /nt52 H:
    install-windows-usb-06
  3. Ambil perhatian bahawa H: adalah drive letter bagi USB drive saya. Gantikan H: dengan drive letter bagi USB drive anda. Kemudian, tekan Enter, dan tunggu hingga proses selesai.
    install-windows-usb-07

Langkah Ketiga: usb_prep8.exe

  1. Untuk melancarkan program usb_prep8.exe, kita harus melakukannya melalui command prompt. Jadi, buka CMD dan terus taipkan path bagi folder usb_prep8. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke dalam C:, anda perlu taip: cd C:\usb-windows\usb_prep8\
    install-windows-usb-08
  2. Kemudian, taipkan usb_prep8
    install-windows-usb-09
  3. Pengenalan kepada usb_prep8 akan dipaparkan. Tekan apa-apa butang pada keyboard.
    install-windows-usb-10
  4. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
    install-windows-usb-11
  5. Sekarang, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM dan ikuti langkah seterusnya.
  6. Taip 1 dan tekan Enter. “Browse for Folder” akan dipaparkan, pilih CD-ROM Windows XP (atau CD Windows XP yang telah slipstream dengan driver SATA) anda tadi klik butang OK.
    install-windows-usb-12
  7. Taip 2 dan tekan Enter. Masukkan apa-apa drive letter yang belum digunakan (sekiranya T: belum digunakan, masukkan T sebagai drive letter yang akan digunakan sebagai Virtual Drive)
    install-windows-usb-13
  8. Taip 3 dan tekan Enter. Masukkan drive letter bagi USB drive tadi. Oleh kerana USB
    install-windows-usb-14
    drive saya berada pada H:, jadi saya taipkan H.
  9. Taip 4 dan tekan Enter. Kemudian taip Y dan tekan Enter untuk format USB drive dengan FAT 32.
    install-windows-usb-15
  10. Tekan apa-apa butang keyboard pada “Creating LocalSource on Temporary Drive”. Tunggu hingga selesai.
    install-windows-usb-16
  11. Tekan apa-apa butang keyboard pada “Making of LocalSource folder $WIN_NT$.~LS Ready”. Tunggu hingga selesai.
    install-windows-usb-17
  12. Klik Yes pada “Copy To USB-Drive – Start File Copy”
    install-windows-usb-18
  13. Klik Yes pada “Change Migrate.inf – USB-stick”
    install-windows-usb-19
  14. Klik Yes pada “Unmount Virtual Drive”
    install-windows-usb-20
  15. Akhirnya, USB drive anda kini telah sedia dengan Windows XP di dalamnya.

Install Windows XP Menggunakan USB Drive

  1. Sekarang, kita boleh gunakan USB drive ini untuk install Windows XP. Cucuk USB drive pada komputer, dan pastikan boot sequence telah ditetapkan kepada USB HDD atau USB ZIP.
  2. Taip 2 dan tekan Enter, iaitu “TXT Mode Setup Windows XP, Never unplug USB-Drive Until After Logon”
    install-windows-usb-21
  3. Buat partition mengikut pilihan anda sehingga selesai, dan komputer akan restart.
    install-windows-usb-22
  4. Taip 1 dan tekan Enter, iaitu “GUI Mode setup Windows XP, Continue Setup + Start XP”
    install-windows-usb-22
  5. Teruskan proses install Windows XP kemudiannya seperti biasa.
Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk membolehkan anda install Windows XP melalui USB drive

Tuesday, July 21, 2009

baiki pintu lab


Kerosakan pintu lab 1 sedang dibaiki oleh kaki tangan i.t dept. Mereka ini bukan sahaja pandai membaiki pc tetapi juga pintu lab komputer, dengan inisiatif mereka ini dapat la pensyarah dan pelajar masuk ke lab dengan tanpa bersusah payah.

p/s rajin betul korang buat keje org ek...tolong menolong amalan mulia

Wednesday, July 15, 2009

CARA MUDAH CABUT PENDRIVE


Hmmmm.......nak cabut pendrive dari port laptop atau komputer kekadang leceh. Banyak pulak nak kena clik.


Nah....dua kali clik je...terus cabut.Senang kan?

Download di sini


Tak perlu install. Download dalam bentuk zipfile.

Buka zipfile dan dragkan icon USB_Disk_Eject.exe ke luar kotak dia dan boleh copy serta diletakkan di menu utama komputer anda.

Icon dia nanti seperti kekotak kelabu kat gambar atas tu.

Selamat Mencuba :)

Monday, July 13, 2009

Pulihkan Task Manager, Regedit, dan Folder Options Dengan RRT

Apabila komputer dijangkiti virus, biasanya virus ini akan menyekat fungsi-fungsi dalam Windows seperti Task Manager, Registry Editor, dan Folder Options. Ini kerana virus tersebut telah mengubah beberapa settings yang tertentu dalam Windows.
Antivirus biasanya hanya membuang virus tersebut, tetapi tidak membetulkan kembali settings yang telah diubah tadi. Sebab itulah walaupun komputer anda telah dibersihkan dengan antivirus, fungsi-fungsi seperti Task Manager, Registry Editor, dan Folder Options masih tidak boleh dibuka.

RRT (Remove Restrictions Tools) adalah sebuah aplikasi kecil yang boleh menyelesaikan masalah ini. Sama seperti Disk Heal, RRT boleh memulihkan kembali Task Manager, Registry Editor, Folder Options, dan banyak lagi.

RRT akan mengesan fungsi-fungsi yang telah disekat dalam Windows. Jika ada, anda boleh memulihkan fungsi tersebut dengan klik sahaja pada kotak yang terbabit.

Software ini kecil sahaja saiznya, anda boleh letakkannya ke dalam pen drive supaya senang kalau nak baiki komputer kawan-kawan.

Buat Partition Baru Dalam Windows

Kebanyakan hard disk yang dijual sekarang adalah bersaiz besar, paling kurang pun 160GB. Bila anda dah pasang hard disk ni ke dalam komputer, seelok-eloknya bahagi-bahagikanlah ia kepada beberapa partition. Partition ni apa ye? Kalau anda tengok dalam My Computer ada C:, D:, E: dan sebagainya, itulah partition.
Jika dalam hard disk anda masih ada ruang kosong, anda boleh buat partition baru dengan mudah tanpa menggunakan sebarang software tambahan. Hanya perlu menggunakan Computer Management yang sudah sedia ada dalam Windows. Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Right-click pada My Computer dan pilih Manage. Computer Management akan dibuka.
2. Pada bahagian sebelah kiri, pilih Disk Management.
3. Pada bahagian sebelah kanan, right-click pada partition yang kosong (Unallocated) dan pilih New Partition.
4. Klik Next pada paparan “Welcome to the New Partition Wizard”.
5. Primary partition atau Extended partition? Jika anda tak pasti nak pilih yang mana, terus klik Next.
6. Tetapkan saiz partition anda dalam MB. Sebagai contoh, saya memasukkan angka 40000 yang bersamaan dengan 40 GB. Klik Next.
7. Biarkan pilihan seperti biasa (Assign the following drive letter) dan klik Next.
8. Biarkan pilihan seperti biasa (Format this partition with following settings) dan klik Next.
9. Klik Finish dan proses format partition akan bermula.

Tunggu sehingga proses format berakhir dan anda sudah boleh mula menggunakan partition baru tersebut.

Selamat Mencuba :)

Sunday, July 12, 2009

pertandingan mengikat kabel network terpantas

sempena pendaftaran pelajar baru dan lama satu pertandingan mengikat kabel network terpantas telah diadakan di kalangan staff lelaki unit IT(kecuali 2 orang..cuba teka siapa).Malangnya pertandingan berakhir dengan semua SERI kerana semua sama pantas sama laju.Iya la setiap tahun semua kerja mengikat kabel memang melampau lamapu la hebatnya masing-masing

NAK BUANG VIRUS DALAM PENDRIVE.....TANPA ANTI-VIRUS

Mungkin boleh digunakan untuk membuang virus dalam pendrive......cuba tengok.


Disini ada cara-cara untuk membuang virus yang ada dalam pendrive secara manual tanpa perlu menggunakan perisian antivirus.

Caranya adalah seperti berikut:-

1) Buka menu folder options di menu tools pada mana2 folder
2) Kemudian pilih tab view
3) Tick pada show hidden files and folders
4) Open pendrive pada my computer
5) Cari file autorun.inf kalau ada
6) Open file autorun.inf tersebut, kaji samada ianya ada membuat arahan untuk run kan fail jenis .exe. Jika ada, delete file autorun.inf tersebut serta file .exe itu juga.

Selamat Mencuba...

Wednesday, July 1, 2009

Kongsi

saudara iman (otai dskm) sedang ditemuramah oleh pelajar sem1 dskm, dengan murah hati iman menceritakan segala pengalamannya sepanjang belajar di kolej shahputra dan juga menunjukkan beberapa skill yang pernah dipelajarinya kepada pelajar tersebut...
sebelum pergi pelajar tersebut mengucapkan terima kasih yg tak terhingga kerana tunjuk ajar tersebut...tabik la iman...hehehee

Mission Impossible 4

hari ini 3 otai memperlihatkan kehebatan mereka dengan membuat perkara mutahil...BOOT DVD VISTA DENGAN MENGGUNAKAN CDROM DRIVE PC IBM...adakah mereka berjaya...mari sama2 kita tunggu...

p/s kot ye pon jangan la sampai tercangkung, klu gitu cara nya cam nak boot benda lain.