Monday, July 27, 2009

Macrium Reflect – Perisian Backup Yang Mudah Dan Percuma

macrium-reflect

Bagi membuat backup pada hard disk dan partition, antara software yang paling poular digunakan adalah Norton Ghost dan Acronis True Image. Walau bagaimanapun, kedua-dua software ini adalah berbayar. Terdapat juga software yang percuma dan open source iaitu PING, namun antaramuka PING adalah mengelirukan, ianya lebih sesuai untuk pengguna yang lebih berpengalaman.

Sebuah lagi software sepertinya yang kurang diketahui ramai adalah Macrium Reflect. Software yang telah dimiliki oleh Microsoft ini bukan sahaja mesra pengguna, malah ianya percuma. Antara fungsi-fungsi yang disediakan oleh Macrium Reflect adalah:

  • Membuat backup pada hard disk atau partition dalam bentuk imej
  • Restore semula fail imej yang telah dibuat menggunakan Macrium Reflect
  • Melihat isi kandungan imej melalui Windows Explorer
  • Membuat satu Recovery CD yang boleh digunakan untuk menjalankan Macrium Reflect, sekiranya PC tidak dapat dihidupkan

Berdasarkan ujian yang telah saya buat terhadap Macrium Reflect, kelajuannya membuat backup dan restore adalah sangat bertentangan. Proses backup berjalan dengan sangat pantas, jauh mengatasi Norton Ghost atau PING. Namun, proses restore pula adalah sangat perlahan – ternyata kurang sesuai digunakan sewaktu kecemasan.

Kesimpulan

Software bagi tujuan hard disk backup biasanya dimonopoli oleh Norton dan Acronis, dan kesemuanya mahal-mahal belaka. Software open source seperti PING pula agak sukar digunakan, dan kadang-kala tidak stabil. Macrium Reflect berjaya merapatkan jurang ini dengan menawarkan software yang mesra pengguna, cekap, dan yang percuma. Anda boleh mendapatkan software ini dalam laman web Macrium Reflect.

No comments:

Post a Comment