Friday, August 16, 2013

Medic Mesir

[Seruan Ikhwanul Muslimin untuk Jumaat Kemarahan]

Ikhwanul Muslimin di Mesir telah menyeru semua penyokong presiden mereka, Dr Muhamad Mursi yang telah digulingkan untuk turun dalam perarakan 'Jutaan Kemarahan' sebagai protes terhadap keganasan yang baru saja dilakukan oleh pihak keselamatan terhadap kumpulan demonstran.

Pengumuman dilakukan sehari selepas kejadian ratusan terbunuh apabila pihak keselamatan menyita dua tempat utama penyokong-penyokong Dr Morsi berkumpul yang mana kawasan perhimpunan mereka ini telah diwujudkan sejak Dr Mursi digulingkan oleh pihak tentera sedari 3 Julai lalu.

"Penyokong anti-rampasan kuasa akan berarak esok bermula dari setiap masjid di Kaherah menuju ke Ramsis usai solat Jumaat dilakukan, perarakan ini akan dikenali sebagai Jumaat Kemarahan, kata jurucakap Ikhwanul Muslimin Gehad Al-Haddad dalam akaun twitter beliau.

"Walaupun kita merasakan kesakitan dan kehilangan terhadap pejuang-pejuang yang terkorban, jenayah terbaru yang dilakukan oleh pihak rampasan kuasa telah meningkatkan lagi semangat kami untuk terus berjuang sehingga pihak rampasan kuasa 'ditamatkan' ", beliau menyebut dalam satu kenyataan pada hari ini.

Kementerian Kesihatan memberitahu sekurang-kurangnya 578 terbunuh dalam operasi pembersihan dan pertempuran di seluruh tempat yang berlaku kelmarin menyebabkan lebih daripada 3500 cedera.

Kenyataan rasmi daripada pihak Ihwanul Muslimin menyatakan angka kematian yang sebenar jauh lebih tinggi, sambil jurucakapnya menyebut 2600 telah terkorban dalam pembunuhan beramai-ramai itu.

Ikhwanul Muslimin mengecam pihak tentera yang telah melakukan rampasan kuasa yang menyebabkan presidennya digulingkan pada bulan lepas. Sementara itu, liberalis dan golongan muda di negara ini yang menyokong rampasan kuasa berlaku melihat perkara yang berlaku sekarang merupakan satu tindak balas yang positif terhadap permintaan masyarakat awam Mesir.

Mesir semenjak hari pertama lalu,Khamis kini diisytiharkan berada dalam keadaan darurat. Di Kaherah, suasana kekal tegang dan tidak menampakkan ianya sedang beransur-ansur tenang.

Walaupun daurat diisytiharkan hingga 6 pagi waktu tempatan, namun dilihat masih ada yang mengambil risiko untuk keluar pada waktu malam tidak mengendahkan arahan ini.

"Bank ditutup dan kebanyakan syarikat juga cuti. Saya bercadang mahu pergi membeli-belah sekarang dan kemudian pulang ke rumah" , kata Hamed Zaghloul seorang penduduk di Kaherah.

[Tiada lagi keganasan]

Polis pada hari ini dilihat sibuk bertungkus-lumus membersihkan sisa-sisa di dataran di Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah, di mana lokasi penyokong-penyokong Morsi telah disingkirkan dan ratusan telah terbunuh sejak Rabu lalu.

Penyokong-penyokong Mursi tetap teguh di sana sementara perarakan-perarakan menyokong Ikhwanul Muslmin terus dilakukan semalam. Pejabat-pejabat kementerian Mesir yang berpangkalan di Giza juga telah dimusnah dan dibakar oleh penyokong Dr Mursi sebagai protes. Mereka berhimpun di Masjid Al Amin, berdekatan dengan dataran Rabiatul Adawiyah menangisi kehilangan mereka dan menuntut akan tindakbalas yang bakal dilakukan. Sementara itu di kawasan lain, pihak polis juga meratapi rakan-rakan sekerja mereka yang turut terkorban dalam pertempuran Rabu itu.

Kaum keluarga yang terkorban berharap untuk mengebumikan jenazah-jenazah itu Khamis lalu, namun sebahagian daripada mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan permit yang sebenar. Mereka memberitahu pihak Kementerian Kesihatan menggesa pihak keluarga si mati untuk menyatakan pada sijil kematian bahawasanya jenazah-jenazah yang terkorban ini telah membunuh diri.

Tentera yang menyokong kerajaan sementara mengatakan mereka telah sedaya upaya untuk mengelakkan berlakunya kekerasan namun tidak mempunyai pilihan lain melainkan meleraikan demonstran dengan cara tersebut.

Penduduk-penduduk menyatakan mereka telah penat untuk menghadapi keganasan yang berlaku.

"Kami melihat sendiri Ikhwanul Muslimin juga bersenjata dan turut menembak ke arah polis. Perkara ini harus dihentikan. Keganasan perlu ditamatkan. Kami mahukan kestabilan", kata Ahmad Zeyan seorang penduduk di Kaherah.

Human Rights Watch, sebuah badan berorganisasi global hak asasi manusia mengutuk serangan yang berlaku Rabu lalu sambil mengatakan pihak kerajaan bertanggungjwab penuh dalam pembunuhan yang berlaku di dataran Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah.

Darurat telah diiisytiharkan selama sebulan, walaupun demikian Ikhwanul Muslimin tetap menyeru untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada hari ini, Jumaat.

Sumber : Al Jazeera

No comments:

Post a Comment