Bahasa Pengaturcaraan Virus

Seperti yang telah diperkatakan, virus sebenarnya adalah program komputer, jadi ia memerlukan bahasa aturcara untuk menulisnya.
Virus kerapkali ditulis menggunakan bahasa aturcara;

i. Assembly Languages
ii. Basic
iii. C Language
iv. Pascal
v. Visual Basic
vi. Java script

virus-wormKeupayaan Virus

Sehingga kini terdapat lebih dari 10,000 jenis virus dan variasinya di seluruh dunia. Malah setiap hari tidak kurang dari 10 jenis virus baru ditemui. Dengan jumlah itu adalah agak mustahil untuk mengatakan bahawa komputer kita tidak akan dijangkiti walaupun sekali !.

Terdapat pelbagai kemusnahan yang dilakukan oleh virus, antaranya ;

i. Memformat Harddisk = Michelangelo, Black Monday, Dark Avenger
ii. Melakukan operasi tergantung (hang) = Stoned
iii. Memperlahankan prestasi komputer = Slow, Jerusalem
iv. Memberi mesej grafik = Ambulance, PingPong,
v. Memulakan semula komputer (reboot) = Aircop, Pendang
vi. Mencetak mesej = Print Screen, Ifrit

Walaupun terdapat virus yang hanya memaparkan mesej dan tidak melakukan kemusnahan, namun ia tetap dianggap menggangu pengguna.

Terdapat pelbagai negara yang menjadi negara penulis virus antaranya;

Bulgaria
Canada
Germany
Israel
Poland
Indonesia
USA
Russia dan sebagainya

Jenis Virus mengikut Sistem Operasi

Virus berbeza dari segi sistem operasi, misalnya virus untuk sistem operasi Apple tidak akan menyerang sistem operasi Dos atau Windows begitu juga virus untuk sistem operasi Linux. Terdapat juga virus untuk sistem komputer tangan seperti sistem pengoperasi Palm, Windows CE, Symbian dan lain-lain.